Followers

Friday 5 January 2018

Happy New Year & Happy Birthday to Dearself

ASSALAMMUALAIKUM

Hello uolssssss. Yezaaaaaaa, Terah tahu agak lama dan sangat lama Terah tinggalkan zaman blogger ni dan Terah tak tahu kenapa Terah terasa nak get back balik dalam dunia blog ni. Mungkin inilah jiwa Terah kot, hehe. 

By the way, the main post it abour new year and my birthday. Happy New Year guysssssss, Bubye 2017 and welcome 2018. 2017 agak mencabar bagi Terah sebab ada turun naik yang Terah lalui. Terah banyak belajar sabar dan sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada. Tipu kalau kita kata tak ada buat kesilapan, manusia guysss. Biarlah kesilapan tu mengajar kita menjadi lebih matang, Yang penting kita kena sentiasa positive dan redha dengan apa yang kita lalui. 2017 Terah masih mencari apa yang Terah nak sebenarnya dalam hidup ni. Now, Terah tak tahu nak buat apa, just i follow the flow yang Terah akan lalui lepas ini. Kita kena percaya pada rezeki Allah, rezeki akan ada dimana-mana kita berada. Janji kita jalan lupa Allah. 

2018, Terah harap hidup terah dimurahkan rezeki dan sentiasa positive. Let's start the new life guys. Banyak benda yang Terah nak kejar dalam umur seperti ini. Tak puas rasa nak enjoy lagi, hehe. 

4 Januari adalah tarikh keramat bagi Terah gituwwwwww. Sebenarnya 4 Januari tu semalam dan semalam it's my birthday..yeahhhh. Terah tak ada benda pun nak harapkan untuk birthday just rasa bersyukur masih bernafas sampai sekarang dan masih dapat tengok insan-insan yang Terah sayang. Malam semalam, my family ada simple celebrate untuk Terah. Tak mintak pun nak apa-apa tahun ni, just cukup ada dorang dalam hidup Terah. 

Thanks you so much buat semua yang wish untuk birthday Terah and for my family thank you so much 😗😍 

Tuesday 19 May 2015

Photoshoot With My Lovely Girlfriends

Helllooo !!
Long time no seee wahai blogggg, hehe. Aku muncul kembali untuk share sesuatu. Jangan di tanya kemana aku menghilang ek, hehe. Okaylah, aku malas nak bebel banyak-banyak, just straight forward okayy, hehe.

 
Hari itu, aku keluar dengan kawan aku dua orang tu, Tasha and Erin. Macam biasalah, kalau dah cuti, tak jumpa memang tak sah lah, confirm akan keluar bersama punyalah, hehe. Seperti biasa, akulah yang bawa dorang tu, hehe. Mula-mula plan nak pergi makan dekat Chemistry Cafe kat Shah Alam itu tapi bila Tasha kata harga dekat sana agak boleh menghabiskan duit aku juga lah, hebe. So, aku decide bawa dorang jalan-jalan dekat Setia City Mall. Kita orang spent timelah dekat sana. Duk bercerita dari A sampailah Z, itu pun tak habis lagi cerita we. Mana taknya, kalau dah aku ada, memang tak habis cerita sebab gila-gila aku itu mengacau, hehe. Sebab itu aku rasa kalau satu hari dengan dorang memang tak cukup we, hehe. 


Bila dah habis merayap dekat situ kita orang pergi ke Putrajaya untuk photoshoot buat kenangan kita orang bertiga. Plan photoshoot ni, Erin punya planlah. Jadi Erin pun mintaklah kawan sekolah kita orang dulu yang sekarang gila dengan bergambar saja, iaitu Apiz. Dialah yang melayan kita orang untuk photoshoot. Paling dia tak larat nak layan akulah. Kecoh nak habis, hehe. Yeahhh, that's me. Tak kecoh bukan Fatimah Taherah okayy, hehe. Lokasi photoshoot, Apiz bawa kita orang di Taman Botani, Putrajaya. 


Rupanya, ada lagi tempat cantik untuk photoshoot dekat sini. Tak payahlah susah nak pergi jauh-jauh, ke Putrajaya saja untuk bergambar ini. Serius aku cakap, korang kena pandai exlore benda macam ini, hehe. Cewahhhh, hehe. Jom aku share korang, hasil gambarnya okayyy, hehe. 










Serius aku suka hasil gambar ini semua. Thanks too Apiz the best pictureee. Nice work. Okaylah, aku kasi promot sikit, sesiapa nak berphotoshoot seperti itu or untuk wedding ke apa ke, Boleh menggunakan khidmat Apiz for the best picture. Sesiapa nak boleh PM saya dan saya akan kasi korang contact Apiz, hehe. 

Ini ada video yang Apiz buat untuk kita orang. 


Thanks again to Apiz sebab layan peragai kita orang ini, hehe. To my girlfriends aka bestfriends, aku sayang korang gila gila gila until jannah. hehe.

XOXO

Tuesday 22 July 2014

New Semester Babehhh




Hai uolssssss !! Rasa dah nak sebulan aku tak update blog ini dan sudah sebulan juga aku berada di bumi Kuantan. Okay, aku baru masuk new sem kan, tak ada lah baru sangat, dah sebulan juga lah, hehe. Aku nak share dengan korang result aku sem lepas, alhamdulillah aku puas hati sangat dengan keputusan yang aku dapat dengan apa yang aku usahakan selama ini. Alhamdulillah 😄. Nak bandingkan sem 1 dengan sem 2, sem 1 lah paling gempak result aku. Sem 2 ini agak menurun sikit tapi apa pun aku bersyukur sangat dengan result aku. Janji aku dapat buat family aku happy dengan apa yang aku usahakan. This sem, aku kena usaha keras sikit. Nak naikkan balik poiter aku, in sha Allah ✌️. 


Okay korang pula, macam mana puasa tahun ini? Ada perubahan tak? Pejam celik pejam celik, kita dah di penghujung ramadhan pun. Wahhh, cepatnya masa berlalu. Aku pun dah tak sabar nak balik Bangi ini. Sudah rindu semuanya dekat sana 😢😢😢. Terutamanya mestilah family tercinta aku. Bila berjauhan baru tahu pentingnya family ini bagi kita. Benda paling berharga dalam hidup kita adalah keluarga kita. Itu bermakna sangat 😊. 





Itu dia, sedekah sikit gambar selfie aku, hehe. Wajah sem baru tu, hehe. Tahun ini, tahun kedua aku puasa dekat  Kuantan ni, so far okay saja. Sebenarnya aku nak masukkan gambar aku beriftar dengan budak-budak kolej tapi gambar ada dalam phone aku, susah sikit nak masukkan. Tak apalah, nanti kalau ada masa aku update, letak gambar itu ek. Hehe. 


Orait, cerita pasal raya lah nak? Macam mana persiapan raya korang? Mesti meriah korang punya persiapankan. Aku ini, tak siap-siap apa pun lagi, hehe. Pakai saja apa yang ada. Raya aku sentiasa sederhana 😊.  Itu saja yang aku dapat share dekat korang sepanjang bulan ini. Nanti ada masa aku, share lagi okay. Cerita pasal raya pula ek, hehe. Okay bye 😘. 

Wednesday 25 June 2014

Menghitung Hari



~Menghitung hari, demi detik-detik....

Cehhh, menyempat aku nyanyi sikitkan. Haha. Hello korang !! Owh yeah aku still di bangi masih menghabiskan sisa-sisa cuti semester aku ni. Lagi berapa hari je aku akan berada dekat bumi bangi ni, lepas ni dah kena terbang ke bumi kuantan. Cehhh, terbang konon..macam jauh je kan. Haha. Minggu depan aku dah balik kuantan dah, untuk masuk ke semester baru. Result exam aku pun, aku tak tahu lagi. Nak tahu, kenalah balik kuantan. Cuak kot bila cakap pasal result ni. Entah okay ke taklah result aku. In sya Allah, harap-harap okaylah, amin. 😊😊😊


Owh yeahhh, aku sekarang ni tengah menghitung hari nak puasa, hehe. Hari ahad ini, dah mula start puasa. Okay, itu yang aku tak sabar tu. Bagi aku bulan ramadhan adalah bulan yang terbaik bagi kita yang beragama islam. Kita boleh kumpul pahala banyak-banyak, hehe. Aku harap puasa kali ini, aku akan jadi lebih baik daripada puasa tahun-tahun lepas, in sya Allah. Dapatlah aku puasa 2 hari dekkat rumah bersama family aku. Dapat sambut bersama family tercinta, hehe. Korang pun sepatutnya happy tau sebab dah dekat bulan ramadhan. Gunakan lah bulan tu, dengan sebaik-baiknya.


Aku dekat sini juga nak mintak maaf dekat korang yang mengenali aku secara langsung dan tak langsung. Semoga kita sama-sama mendapat berkat dari Allah SWT di bulan yang mulia ini, okay. 😊 Jangan ponteng-ponteng puasa tau, buat rugi je, hehe.




Ini aku kasi belanja satu gambar ootd aku, hehe. Biar terubat sikit rindu korang dekat aku, cehhh macam korang rindukan aku je kan. Haha. Perasan je aku ni, haha. Okaylah itu saja, dari aku. Bubye korang. Selamat berpuasa !!! 👍👍👍❤️❤️❤️❤️