Followers

Monday 25 November 2013

Jalan - Jalan : Kedah (part 2)



Hai !!! Kita sambung okay yang ke part 2 punya. Kepada yang tak baca lagi part 1 boleh lah baca yang sebelum ini okay >>>klik<<< Part 2 ini pada hari yang ke-2 aku di Kedah. Ke mana pula yang aku pergi di Kedah itu ek, hehe. Sebenarnya time itu aku tengah demam tau tapi mood nak berjalan, aku tetap pergi ikut dorang jalan-jalan. Rugilah kalau aku tak pergi, aku datang nak jalan-jalan tiba-tiba duduk rumah saja, memang tak lah, hehe. Aku gagahkan juga diri aku untuk ikut, hehe. Lagi pun demam aku dah kebah sikit berbanding hari sebelumnya. 


Di hari yang ke-2 kita orang pergi jalan-jalan dekat Kulim dekat-dekat dengan rumah maksu aku. Kita orang tumpang tidur dekat rumah maksu, dekat Kulim. Jadi petang itu, kita orang pergilah jalan-jalan dekat bandar Kulim. Kita orang pergi Kulim Landmark Central. Dekat sana kita orang beli barang sikit, sepupu aku tu nak beli barang sikit. Jadi pergilah masuk Giant dekat situ. Jalan-jalan, lepas itu singgahlah minum dekat kedai mamak yang berdekatan situ, hehe. 



Ini masa dekat kedai mamak lah, aku duk melantak roti canai dua keping. Gila aku ini, haha. Bagi aku sekeping tak cukup untuk aku, perghhh teruknyalah aku ini. Mana tak gemuk aku ini, hehhe. Tengoklah muka orang demam itu tetap boleh senyum lagi, hehe. Alhamdulillah, aku boleh senyum lagi :)



Gambar dengan baby ini pula aku dekat anak sedara aku Nuha Delisha. Malam itu kita orang pergi rumah sepupu aku, abang Judin dekat Bukit Mertajam. Dia duduk dekat situ. So, malam itu kita orang pergilah menziarah dia sambil itu aku nak tengok baby dia. Inilah kali pertama aku jumpa Nuha selepas 5 bulan setengah. Time raya hari itu pun tak sempat aku jumpa dia sebab aku dah kena balik Kuantan, hehe. Comel gila kot Nuha. Tak boleh duduk diam, itu yang gambar aku shaking itu. Diri kan dia, lompat-lompat dia, hehe. Jadi anak yang baik okay sayang, aunty Cik sayang Nuha :)


Selepa pergi rumah abang Judin, Ain bawalah kami jalan dekat Auto-City. Dekat situ adalah gerai-gerai yang jual baju, beg , aksesori, kasut dan macam-macam yang dengan harga boleh tahan juga, rasanya boleh tawar-menawar tak silap aku. Yela, aku tak beli apa-apa pun sebab aku tak ada duit itu yang tak tahu, hehe. Mungkin lain kali aku akan pergi dekat situ lagi dengan sedikit duit untuk di belanja kan, hehe. 


Tak amik gambar seorang-seorang tak sah lah bagi aku, hehe. Lepas pergi situ, Ain bawa pergi minum dekat De'Pauh dekat Bukit Mertajam. Aku pun makanlah footlong burger, hehe. Gemuk lagi. Makan lagi. hehe. Nasiblahhhhhhhhhh... okay itu saja untuk part 2 ini. Nantikan yang terakhir part 3 orait ;)


TaherahGhazali


No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas comment anda , peace :D