Followers

Sunday 24 November 2013

Jalan - Jalan : Kedah (part 1)




Hai...apa khabar anda semua? Semoga anda dalam sihat wal afiat okay. Aku saja yang dekat sini tak berapa sihat sebab baru lepas baik demam dan sekarang ini batuk-batuk, sakit tekat dengan selsema sikit. Wahh dah macam tengah cakap dengan doktor je, padahal dekat dalam blog je..hehe. Nasiblah korang sebab baca apa yang aku taip ni kan. Rasa-rasa sesiapa yang doktor tu atau bakal doktor ke, bagi sikit nasihat dekat orang yang degil ni, dah tahu sakit tekak tetap gak minum ais tau.. Nasiblah. haha. Ais dekat aku memang tak boleh dipisahkan tapi kalau dah teruk benor memang kena pisahkan buat sementara waktu, hehe. 




Sudahhhhhhhhhhh, aku ni dah ke laut ni, hehe. Ke lauttttttttt ~ Owh yeah, minggu lepas hari Isnin petang aku pergi Kedah dengan ibu dan adikku, Mar. Kami naik dengan Keretapi Tanah Melayu. Destinasi kami bermula pukul 12 tengah hari dari rumah sehinggalah ke KL Sentral. Train kami ke Kedah pukul 3 petang macam itulah, kami turun di Bukit Mertajam. Sampai di sana pukul 10 malam. Perghhhhh, lebih kurang 7 jam kita orang duduk dalam train tau, memang masaklah kita orang, hehe tapi best kot. Nasib baiklah dapat seat premium daripada dapat dapat superior seat. Selasalah sikit, itu yang aku duk bantai tidur saja dalam train. Aku bangun sebab lapar dan penat tidur duduk. Dah makan aku sambung balik tidur. Gila aku ini, makan tidur makan tidur, mana tak bambam aku ni, bak kata bff aku, hehe. 



Sampai di Bukit Mertajam, sepupu aku, Ain Fatihah lah yang mengambil kita orang dekat stesen keretapi. Dialah driver kita orang dekat sana, hehe. Terima kasih sebab jadi driver kita orang okay, hehe. Nasiblahhhhhhhh...


Ini masa dalam train, hehe. Tengoklah muka orang asyik tidur saja ini ek. Tidur itu hobi aku, kalau korang nak tahu, hehe. 


Owh yeah, that's my lovely ibu, hehe. Bising banyak mana pun dia dekat kita, dia tetap ibu kita, hehe. Dah kena dekat aku ni, berkita-kita lak. Biul agaknya, haha. Masa ini bila dan sampai Bukit Mertajam. 


Adik aku ini sibuk je. Aku nak bergambar, dia pun nak juga tau, haha. Lantak dialah, asalkan dia bahagia, haha. Kurang asam punya kakak cakap cam tu, haha. 


Okay untuk part 1 setakat ini saja okay, kita sambung ke part 2 nanti okay, hehe. Byeee


TaherahGhazali :)


No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas comment anda , peace :D