Followers

Tuesday 26 November 2013

Jalan - Jalan : Kedah (part 3)


Hollaaa bloggerssssss !!! Ini entry yang part 3 okay. Part 1 dan Part 2 bolehlah baca kalau korang belum baca, okay ;). Part 3 adalah part yang terakhir untuk entry Jalan-Jalan kali ini tau, hehe. Korang aku tengah sakit tekak gila ini, rasa tak mampu nak cakap. Tonsil aku  bengkak gila, nak batuk pun sakit. Kan padan muka dekat aku, itulah minum ais lagi. Memang degil betullah anak Ghazali ini, hehe. Dah tahu sakit tekat lagi minum ais, now aku stop minum air ais buat sementara waktu, emm :( Air minerallah minuman aku sekarang ini, hehe. Nasib baiklah aku suka dengan air mineral, kalau tau mahu tekak aku ini susah nak elok. Doakan aku semoga tekak aku okay tau. Nak nyanyi pun susah, suara tak sedap, haha. Sempat lagi fikir nak nyanyi tu, ish3 teruk betul aku ini, haha. Okay kita cerita pasal tajuk dekat atas ek.


Di hari ke-3 kita orang pergi rumah singgah rumah mertua acik Rossa, jiran aku depan rumah. Husband dia orang Penang, jadi alang-alang dia dekat tempat yang berdekatan, kita orang pergilah singgah kejap. Korang nak tahu apa yang special kita orang singgah rumah dia, mertua acik Rossa sediakan nasi Kandar, perghhhhhhhhhh serius aku cakap, memang sedaplah. Rempah dia tak banyak sangat, aku suka gila. Aku makan bertambah-tambah tau. Orang tak tahu malukan. Alaaaa..rezeki jangan di tolak, maut jangan dicari, hehe. Terima kasih acik Rossa sekeluarga sebab terima kedatangan kami, hehe. Semoga dapat lagi makan nasi kandar yang sedap. Choiiiii, makan juga yang pentingkan bagi aku, maaflah orang gila makan memang cam ni, hehe. Ampun. Tapi yang paling menyesal, aku tak dapat amik gambar pun nak tunjuk dekat korang, hehe. Makan depan mata, lupa nak tangkap gambarkan. 


Lepas singgah rumah mertua acik Rossa, kita orang pergilah berjalan-jalan dekat Sunway Carnival Mall dengan Tesco. Serius seharian kita orang berjalan sampai ke malam. Dengan ibu sekali join tau. Ibu kalau tak ada abah, jadi muda tau, haha. Dahlah sakit pinggang tapi bila bab jalan, tak sakit dah pinggang itu. Rasa sihat je aku tengok, hehe. 



Ini char kueh tiew dekat Adam Char Kueh Tiew, Pematang Pauh. Boleh tahanlah char kueh tiew dia, Habis jugalah aku makan, hehe. So kepada sesiapa yang nak cuba bolehlah pergi ke gerai dia, gerai dia ditepi jalan saja. 


Hari itu dahlah hujan tambah aku baru baik demam, kita orang pergi bantai makan ais-krim tau, haha. Yang paling malu, dah kita orang amik gambar dalam kedai baju, orang lain tengok saja. Kita orang pun buat bodoh sajalah, buat muka tak tahu malu, hehe. Tapikan bagi aku, benda biasa kot amik gambar cam tu. 

Hari ke-4 kita orang cadang nak pergi Pulang Pinang tapi disebabkan ada sebab tertentu, tak dapatlah kita orang pergi sana. Tak ada rezekilah tu. Jadi hari itu kita orang duduk rumah sajalah. Malam pukul 11.30 malam kita orang punya train bertolak dari Bukit Mertajam sampai KL Sentral pukul 7 pagi macam itu. Kali ini sepupu aku, Ain ikut sekali balik, sebab dia kena balik ke Kolej dia dekat KUIS. 


Ini gambar terakhir aku dekat Kedah, semoga aku dapat pergi ke sana lagi. Kali ini plan nak pergi sendirilah tapi macamlah abah kasikan, hehe. Bolehlah aku jumpa kawan-kawan blogger yang ada dekat sana. InsyaAllah kalau ada rezeki nanti kita akan jumpa okay, blogger2 yang dekat Kedah, hehe. Okay itu saja untuk kali ini. Bye...


TaherahGhazali



No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas comment anda , peace :D