Followers

Tuesday 3 January 2012

Esok

  


Hai, what's up everyone? Esok bermulalah rutin harian aku iaitu pergi ke sekolah. Ahhhhh tidakkkk tak mau pergi sekolah, emmmmmmmmmmm. Ceh berdrama lak aku, hehe. Tahun ini aku tahun terakhir aku bersekolah dan tahun ini juga aku akan menduduki peperiksaan besar sekali iaitu SPM. Itulah menentu masa depan aku. Tahun ini aku kenalah belajar rajin-rajin, dah tak boleh main-main lagi, tak boleh tidur selalu, kena banyak study. Jadual harian aku, aku tak buat lagi. Tak selalunya, bila aku buat jadual harian itu, aku tak pernah ikut. Yela hidup lepak saja, nak ikut macam mana. Tak gitu? hehe. So, tahun ini aku kenalah paksa diri aku ini ikut jadual itu. Kalau tidak hidup aku ini sia-sia saja. Sudahlah nak SPM tapi main-main lagi. 


Esok bukan saja hari bermulanya sekolah tapi esok juga hari jadi aku yang ke-17 tahun. Wah tak sangka aku sudah 17 tahun. Dah besar dah anak Ghazali dan Samsiah ini, hehe. Aku ingat umur aku sudah cukup ini, aku nak ambil lesen tapi ibu aku tak kasi sebab dia suruh aku focus SPM tapi if aku amik lesen pun kereta tetap tak ada. Yela kereta semua along dan abang aku guna untuk pergi ke kolej dorang, emmm :(. Sedih pula akukan, hehe. Setiap kali birthday aku tak pernah mintak apa-apa pun dari parents aku, aku ini memang tak suka minta apa-apa dari sesiapa pun selain kalau benda itu betul-betul aku nak sangat. Aku bersyukur apa yang aku ada. Alhamdulillah.


Bermula esok susahlah aku nak balik dari sekolah, yela nak balik rumah nanti tak ada siapa yang boleh amik aku. Aku pun tak taulah macam mana aku nak balik esok. Aku ingat aku nak naik KTM je balik tapi if fikirkan keselematan, aku takut sangat bila sorang-sorang. Aku takut time nak pergi ke KTM itu saja. Bila dah sampai KTM aku taklah takut sangat sebab dekat situ ramai orang. Entahlah aku pun pening fikirkan transport nak balik rumah. Nak tumpang kawan, kawan itu jenis tak balik rumah terus dia singgah office mak dia, naik bas, jadual aku pula tak tentu. Kadang -kadang balik awal, kadang-kadang balik lambat. Itu yang susah itu nak naik bas. Emmm, macam mana ek? Ya Allah, engkau tolonglah hambamu ini. Amin.


Okaylah cukuplah sampai sini aku membebel dalam entry ini. Selamat kembali ke sekolah okay :D Bubye

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas comment anda , peace :D