Followers

Friday, 9 December 2011

Buku Log Oh Buku Log

Assalammualaikum

Hai, kita bertemu lagi di dalam entry kali ini. Emm..aku tengah sakit tangah ini. Kenapa aku sakit? Apa kena megenanya dengan tajuk kali ini? Memang ada kena mengena, disebabkan aku banyak menulis untuk buku log pengakap, habis tangan aku, dan rasa macam nak tercabutlah. Tapi tak apa itu semua pengorbana aku untuk dapatkan Pengakap Raja. Itulah satu impian aku dari dulu lagi. Sejak aku masuk Pengakap since form 1. Aku minat dengan Pengakap sebab Pengakap adalah jiwa aku, hehe.

Okaylah, balik kepada topik. Buku log oh buku log, kenapalah engkau banyak sangat. 18 buah buku kena aku siapkan secepat yang mungkin. Gila!!! Banyak itu. Nak buat macam mana, sudah itu arahannya. Setiap lencana mesti ada satu buku log. Apa boleh buat, sudah nasib badan. Nak buat macam itu semua pengorbana aku untuk dapatkan Pengakap Raja. Semoga apa yang aku inginkan, tercapai. Amin.

Benda inilah yang aku inginkan sangat. Walaupun bendanya kecil tapi ia amat bermakna bagi aku. Jika aku dapat ini, ini adalah hadiah yang paling bermakna buat ibu bapa aku. Insya-Allah aku akan dapatkannya. Amin. 

Okaylah, cukup itu saja aku nak kongsikan untuk entry kali ini. Bubye. Assalammualaikum.



Taherah Ghazali



No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas comment anda , peace :D