Followers

Tuesday 13 December 2011

Jalan-Jalan : Mid Valley

Assalammualaikum

 Hai, apa khabar buat semua? Aku disini sihat wal afiat, hehe :D. semoga korang di dalam keadaan yang baik okay ;) Okay kita teruskan kepas topik kita hari ini, wah dah macam pengacara la pulak, hehe. Hari Sabtu hari itu bersamaan dengan 10 Disember 2011, aku pergi Mid Valley. Tujuan aku pergi ke situ bersama dengan keluarga aku untuk shopping buku dekat MPH Mid Valley. 

Yela, akhir tahun abah aku dapat diskaun untuk shopping buku dekat MPH, tempat kerja abah aku bagi. Aku kalau sudah shopping buku tak ingat dunia wow. Semua buku aku amik, hehe. Eleh orang gila novel memanglah macam itu. Yang paling best aku siap bakul tau nak beli novel. Caya tak aku, hehe. Orang lain semua pandang pelik saja dekat aku. Yela satu bakul penuh dengan novel korang tak pelik ke. Bagi aku itu semua perkara biasa lainlah bagi orang yang tak penah nampak dan tak penah buat macam itu. 
Banyak gilalah novel yang aku beli, lebih 10 buah. Aku lupalah nak amik gambar, sorry :(. Sebelum aku pergi Mid, aku singgah dulu ke Shah Alam, amik kakak aku dekat UiTM. Kakak aku belajar dekat situ. Selepas amik kakak aku, kita orang pergi makan dekat Restaurant Zam Zam dekat syeksyen 9. Makanan arab dekat situ. 

 Ini abang aku dengan ibu aku


 Makanan aku, Chicken Kabsa

Lepas makan kita orang pun terus gerakm pergi Mid Valley. Sampai saja ke sana, apalagi terus shopping bukulah. Orang suka shopping lain tapi aku lagi suka shopping buku. Nak buat macam mana itulah aku, heheh :D. 
Tengok itu, banyaktak aku beli buku. Satu beg penuh dengan buku tau. Nasib baik ada beg roda ini, aku tarik saja, tak payah nak jinjing beg plastik, buat sakit tangan saja, hehe. Bijak tak aku? hehe. Lepas shopping, semua orang tekak sudah kering, so pergi minumlah dekat Belanga. 
 Lepas kita orang minum kita orang pun jalan-jalan sekitar The Garden sebelah Mid Valley itu. Jalanlah sampai nak tercabut kaki, hehe gurau jelah.
Lepas sudah penat jalan kita orang pun terus chow keluar dari Mid, kita orang pergi rumah nenek aku dekat Kg.Pasir Baru dekat PJ. Kita orang lepak dekat situ sampai tengah malam, lepas itu kita orang terus pulang ke rumah. Aku sampai rumah terus ZzzzZZ lah, hehe. Okaylah itu saja yang aku kongsi kali ini. Kita jumpa entry seterusnya okay. Bubye. Assalammualaikum


Taherah Ghazali

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas comment anda , peace :D