Followers

Tuesday 6 December 2011

Salam Perkenalan

Assalammualaikum 

Hai, aku bukanlah orang baru di dalam dunia blog ini. Sebelum ini aku juga mempunyai blog tapi aku sahaja buat baru, yela mengedik nak buat baru, hehe. Okay sebelum aku menceritakan tentang blog baru aku ini, aku memperkenalkan diri aku. Nama penuh aku FATIMAH TAHERAH GHAZALI. Nama panggilan aku, Taherah. Korang boleh panggil aku dengan nama itu. Aku lahir pada 4 Januari 1995 di Klinik Suhaimi, Sungai Ramal. So aku ini anak jati Sungai Ramal dan anak jati Selangor. Hobi aku, aku suka membaca novel, dengar muzik, kacau orang dan banyaklah lagi. Cita-cita aku, aku nak jadi seorang 'businesswoman' yang berjaya. Insya-Allah. Okay cukuplah itu sahaja serba sedikit tentang diri aku. Kalau nak tahu lagi tentang aku addlah aku dekat facebook. Korang just klik je logo FB yang ada dekat blog aku ini. 

Okay sekarang kita cerita pulak tentang blog baru aku ini. Nama blog aku Si Mata Sepet. Wah nama itu aku suka sangat. Nama itu apa dapat dari seseorang yang amat bermakna dalam hidup aku iaitu Mr.Buncit, hehe. Dia panggil aku dengan gelaran itu dan aku pula panggil dia dengan Buncit sebab pertama kali kenal dia, perut dia buncit,hehe. Eh, sudah lari topik ini, hehe. Okay, kenapa dengan Sepet? Sebab mata aku sepet, kalau korang tak percaya tengok gambar ini.

Tengok, kan sepet mata aku itu. Itulah, korang tak percaya, hehe. Tapi if korang jumpa aku, korang takkan nampak mata sepet aku sebab aku pakai spek, hehe. Okaylah, itu saja yang boleh aku kongsi tentang blog aku ini. Kalau korang nak tahu lagi tentang aku dan blog aku. Korang just contact aku dekat FB saja or email ke kepada aku. 

Okaylah itu saja yang aku nak tulis dan kongsi pada korang untuk kali ini. Jumpa pada entry yang lain. Bubye. Assalammualaikum  
<3 Taherah Ghazali <3








1 comment:

Terima kasih atas comment anda , peace :D