Followers

Tuesday, 27 May 2014

Festival Belia 2014 Putrajaya






Haiiiiiiiii? Apa khabar? Sudah lama juga aku tak update blog aku ni, dan naik berhabuk dah aku tengok, hehe. Maaflah orang kalau malas nak update memang malaslah ceritanya. Jadi, ini tengah rajin ni, hehe. Okay aku nak cerita pasal minggu lepas, kan minggu lepas berlangsungnya Festival Belia dekat Putrajaya. Aku memang nak sangat pergi we, so ada rezeki aku pergilah. Alhamdulillah. 


Jadi plannya hari Ahad aku pergi. Bukan pergi seorang saja ek, aku pergi dengan budak-budak sekolah aku. Perghh, disebabkan kak yong dah jarang ada lepas ini, jadi dia ajaklah join dia juga. So, kita orang convoy lah dua kereta pergi sana. Gilalah gua kata, kalau nak pergi event besar macam ini jangan lah pergi lambat sebab memang akan sesak nak mampus. Jam weeee, dahlah aku bawa kereta sang kancil tu, manual lak tu. Memang sakit kaki gua weee. Sabar sajalah, memang aku mengamuklah dalam kereta tu. Si Tasha terpaksalah tahan dengan mengamuk aku tu tapi kadang-kadang dia mengamuk juga, hehe. 


Lepas itu, aku cadangkan korang lepas ini pergi jangan pergi pagi, pergilah petang. Sebab kalau pagi, memang akan merasalah panas teriknya nanti. Habis hitam muka aku dah balik dari situ. Hehe. Alhamdulillah sebab kita orang dapat parking tapi memang jauhlah ceritanya, sakit kaki we jalan. Jalanlah kome nak memandai nak pakai kasut tinggi, kalau tak nak kaki tu sakitlah. Aku memang dengan style aku suka berkasut kalau berjalan. Jangan haraplah kalau korang nak tengok aku pakai kasut tinggi nsi, kalau nak tengok time aku pergi kenduri je, tu pun kalau rajin nak pakai, hehe. 


Aku malas nak membebel panjang-panjang, jom tengok gambar lak. 


Ini muka happy kita orang, hehe. Dari kiri, kakyong, aku dan Tasha. Dorang ini kawan sekelas dengan aku dulu. Yeah Tasha bestfriend yang aku sayang gila, hehe.



Okay, dari kiri, Apiz nganga, Bukh, kakyong, Tasha dan aku





Inilah muka orang excited gila bila jumpa monopod, hehe. Yela kita tak ada monopod, bila ada depan mata jadi excited gila we. Serius aku kata, kalau korang tengok aku time tu, memang macam monopod tu aku punya, padahal kakyong punya, haha. Itu yang senyum macam tu, nak buat iklan gigilah itu, hehe. 

Jadi itulah gambar yang mampu aku kasi tengok dekat korang, hehe. Apa pun aku memang have fun gilalah. Sampaikan aku dengan Tasha balik dulu, sebab tak larat nak jalan lagi pastu panas terik pula tu, hehe. Lepas pergi Festival Belia, kita orang singgah Alamanda kejap, sebab aku lapar dan aku nak makan. Jadi aku singgahlah dekat situ kejap. Lepas dah makan, apa lagi baliklah. Hantar Tasha dekat rumah, lepastu aku pun balik jugalah. Hehe. 


So, itu saja yang aku dapat share dekat korang apa yang aku buat. Okay bye. :)) 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas comment anda , peace :D