Followers

Tuesday 3 December 2013

Jalan - Jalan : 4 Tempat Dalam Satu Hari


Haiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii !!! Korang, aku sekarang ini tengah sedih sebab esok aku dah kena balik Kuantan, emm. Yela cuti sem aku dah habis, jadi kenalah balik di mana tempat aku mencari ilmu. Tapi aku tak puas lagi nak cuti tapi nak buat macam manakan, kena juga balik. Aku dengar khabar Kuantan banjir dan kolej aku pun banjir juga tapi tetap kena balik juga sebab tiket dah beli, emm :( Aku harap sangat esok perjalanan aku baik-baik saja okay, amin. Dengan itu juga, aku akan jarang update blog ini, aku tak tahulah nak bawa laptop ini pergi sana ke tak, yela sebab baru start sem baru kan. Assignment pun tak ada lagi. Tengoklah macam mana, okay. 

Orait2, kita balik ke main topic okay. Aku nak cerita pasal semalam, uoolsss nak tahu semalam aku berjalan habislah kalau uollls nak tahu, haha. Dah kenapa aku gedik sangat ini. Peduli pulaaaaaaa. Dalam satu hari 4 tempat aku pergi, nasib baik bukan aku yang drive. Kalau tau mahu tak luyai aku, haha. Korang mesti nak tahu aku pergi manakan. 4 tempat aku pergi ialah :

1. AEON, Seremban 2

Ini gambar, aku berada dekat Seremban 2. Dah lama juga lah aku tak pergi sana. So, semalam abah bawa aku pergi sana. Best tau, dapat cuci mata cari mata air. Ehhhhhhhhhhh..lain itu, abaikan ek, hehe. 



2. Alamanda, Putrajaya
Alamanda !! Dari Seremban terus pergi Alamanda, Putrajaya. Perghhhh dasyat tak.



Focusnyalah aku baca buku tu, ceh wahhhh. Poyonyalah aku, hehe. Cer teka, lepas tu aku pergi mana pula?

3. Suria, KLCC

KLCC pun dah lama aku tak pergi, last aku pergi time lepas amik result SPM. Aku dengan bestfriends aku and mak Tasha pergi tengok wayang. Dia belanja sebab result Tasha, anak dia terbaikkan. Haha.

4. Mid Valley Megamall

Last tempat yang aku pergi Mid Valley. Korang mesti tertanya-tanyakan, banyaknya si Taherah ni pergi, dia buat apa ek? Okay, sebenarnya aku pergi semua tempat itu sebab ikut abah aku untuk buat survey kedai buku yang ada dekat situ untuk tempat kerja dia. 

Korang tahu tak, dari pagi sampai ke malam aku baru balik tau. Penat gila tapi puas sebab aku dapatlah beli belah sikit, hehe. 


Minyak wangi, Playboy for Women. Aku amik Spicy. Inilah gara-gara minyak wangi dah habis, jadi nak cubalah playboy ini. Boleh tahan wangi dia, hehe. Lagi satu itu, set kosmetik Simple. Aku beli itu untuk cuba dekat kulit muka aku ini. Muka aku sekarang ini sensitive dan jerawat banyak keluar. So, aku beli untuk cuba, aku harap dia beri kesan yang baik sebab aku dah tak tahun dengan muka aku ini. Jerawat banyak sangat.




Dah pergi kedai buku, jadi shopping bukulah aku. 3 buah novel melayu dan 2 novel english. Aku harap aku dapat habiskan novel english itu sebab aku ni liat sikit nak baca novel english, hehe. 


Dalam kereta, bosan sangat dalam kereta itu yang dok camwhore tu, hehe.


Tanda terbaik untuk hari itu, hehe. Awesomeeeeeeeeeeee !!!


Dah penat berjalan seharian, buat live show lak aku. Ehhh.. berangan jadi Najwa Latif jap, hehe :)



Aku dengan sepupu aku, kak long. Kita orang memang suka senyum nampak gigi sebab teringin nak buat iklan gigi, haha.

Itu saja yang aku dapat kongsi untuk semalam, Thanks baca :) 

TaherahGhazali



No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas comment anda , peace :D