Followers

Tuesday 26 November 2013

Niat Nak Tengok-Tengok Saja Tapi Terbelilah.

Hai koranggggggggggggggggg !! 


Hari Ahad hari itu, aku pergi makan tengah hari dekat Seksyen 15 Bandar Baru Bangi dengan family aku. Kita orang makan dekat Nasi Briyani Gam Anje. Nasi briyani dia memang sedaplah bagi aku. Habislah satu pinggang aku makan kalau makan dekat situ. Ehhhh, sebenarnya bukan nak cakap pasal makanan tau entry kali ini. Tapi nak cakap apa yang aku terbeli, hehe. 


Selepas kita orang pergi makan, kita orang pergilah jalan-jalan dekat Bangi itu. Kakak aku cakaplah dekat abah, jom singgah Al-Humaira Contemporary jap, kita tengok-tengok. Abah pun pergilah dekat Seri Bangi, seksyen 8. Dekat situ ada branch dia. Bila dah sampai dekat situ, apa lagi kita orang pun masuklah. Abah mula-mula nak duduk dalam kereta tapi aku cakap dengan abah, "jomlah masuk". Abah tanya kenapa, kakak aku tolong jawab, manalah tahu abah boleh bayarkan, hehe. Kurang asamkan kita orang ini. 


Sudah masuk kedai itu, kita orang pun tengok-tengoklah. Aku dari awal sampai lah hujung kedai itu aku tengok satu-satu item dia. Pastu aku cari kakak aku, sepupu aku kata kakak aku dalam fitting room. Keluar dari fitting room, kakak aku cuba satu item ni, aku pun trylah juga. Last-last dengan perasaan sesuka hati aku, aku amik duit item letak dekat kaunter. Kakak aku pun beli dua item juga. Senang-senang saja kita orang suruh abah bayar, hehe. Sorrylah abah, kita orang memang macam ini. Tambah-tambah lagi bila ada abah. Abah jangan sering okay dengan kita orang, kita orang sayang abah.


Itu diaaaaa..gambar itu telah membuktikan aku telah pergi dekat situ dan membelinya menggunakan duit abah, hehe. Korang mesti nak tahu apa yang aku belikan. Jom tengok video pok pek aku kat bawah ni. 




Jadi, korang semua dah tahukan apa yang aku beli dekat Al-Humaira Contemporary. Ada sebab kenapa aku nak sangat beli halfmoon shawl dia. Ini semua disebabkan kawan baik aku seorang itu, Tasha. Hari itu dia beli dan dia pakai masa aku dengan dia kuar pergi Mines hari itu. Aku tengok dia pakai, nampak cantik saja, itu yang aku berkenan dan aku amik kesempatan itu untuk membelinya menggunakan duit abahku, hehe :) 



Ha shawl itulah yang si Tasha pakai itu yang buat aku suka sangat, hehe. Tasha, disebabkan kaulah aku beli shawl ini. Niat sebenar masuk kedai nak tengok-tengok saja, akhirnya terbeli juga dengan menggunakan duit abahku. 

Okay itu saja, byeeee :)

TaherahGhazali

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas comment anda , peace :D