Followers

Wednesday 14 December 2011

Novel : Akhirnya Aku Kahwin

 
 
Hai. Bertemu kembali lagi kita, hehe. Okay kali ini aku nak cerita tentang novel pula, hehe. Bukan ke aku shopping buku hari itu. So, aku ingat nak share sikit buku apa yang aku sudah baca. Just for sharing lah dear. Buka ke sharing is caring, hehe. Okay untuk novel yang aku sudah habis baca ini bertajuk Akhirnya Aku Kahwin. 
 
Novel ini best sangat. Okay aku kasi sinopsis novel ini. Biar korang rasa bestnya, hehe.
 
SinopsisDidi - gadis comel yang periang. Dia tidak pernah kisah dengan pandangan orang lain yang sering memperlekehkannya. Baginya, dia tidak peduli semua itu asalkan tidak menyusahkan orang. Sebagai seorang insan, dia punya keinginan untuk mencinta dan dicintai. Dia tidak pernah jemu menanti cinta sejati walau hatinya sering dipermainkan.

Kemunculan Syafizi, menghuru-harakan hidupnya. Katakata ibarat bom nuklear yang keluar daripada mulut lelaki itu menyebabkan darjah kebenciannya pada Syafizi di tahap takat didih. Sesuka hati saja memanggilnya Debab. Berhadapan dengan lelaki itu, dia tidak mahu kalah. Setiap ayat nuklear lelaki itu dibalas dengan ayat ala bom atom. Pesan orang tua, jangan terlalu membenci. Bimbang nanti benci bertukar menjadi sayang. Ya ke? Takkanlah Syafizi yang selalu cari pasal suka padanya. Mustahil! Daripada dia melayan lelaki mulut nuklear itu, lebih baik berchatting dengan Terhangat Di Pasaran. Walaupun mereka saling mengutuk, jejaka itu sudi berkongsi suka duka dengannya. Mungkin jodohnya dengan rakan chattingnya itu. Siapa tahu? 
Apa macam? Best tak? Kalau tak best, buat-buat bestlah, hehe. Aku suka dengan novel ini sebab jalan cerita dia yang menarik sangat. Mudah faham dan ayat dia sempoi saja. Tak terlalu rumit untuk faham jalan cerita dia. Penulis novel ini pula namanya Herna Diana. Sebelum ini dia pernah tulis novel Cinta 3 Suku. Novel itu pun best juga. Kelakar sangat jalan ceritanya. Apapun novel beliau sangat menarik untuk membaca. Teruskan usaha anda untuk menulis novel yang menarik. ;). 

Okaylah cukup itu saj untuk aku sharing kali ini. Belilah novel ini. Anda tak akan menyesal membelinya. Peace. Assalammualaikum.
  
Taherah Ghazali

2 comments:

  1. da bace...best gak...ade kelakarnyer...penulisnyer pown comel sangat

    ReplyDelete

Terima kasih atas comment anda , peace :D