Followers

Monday 9 June 2014

Zoo Negara Bebehhhh :)




Haiiiiiii !!! Apa khabar korang? Okay aku tahu ramai budak Uitm dah masuk belajar balik. Dah mulakan semester yang baru, tak lupa juga budak baru yang baru masuk ke alam Universiti/ kolej/ matrik, korang kena tahu kehidupan alam U ni memang berbeza dengan sekolah, so aku harap adik-adik yang baru masuk tu, good luck okayy. Good luck juga buat kawan-kawan aku yang dah masuk semester baru, all the best babe. Hehe. 

Aku lak, haaaaa aku still lah cuti sem lagi, hehe. Korang tahu semalam aku baru balik dari Perak tau. Tapi entry ini aku bukan nak cerita pasal aku ke Perak tau, aku nak cerita pasal dua minggu lepas, hari Sabtu. Agak-agak korang apa yang aku buat ek Sabtu minggu lepas, hehe?? Kalau korang pandai cubalah teka. Siapa yang follow instagram aku, korang tahulah. Hehe. Orait, akutahu korang tak suka aku membebel panjang-panjang kannn. Siapa suka kena bebelkan, aku pun tak suka, hehe. 

Orait, Sabtu dua minggu lepas aku pergi Zoo Negara dengan family aku. Ada sebab kenapa kita orang pergi sana, sebabnya ialah anak sepupu aku, Ameera Ariena. Budak yang mengada-ngada tu, hehe. Dia nak sangat pergi zoo, nak tengok lion katanya. Haha. Jadi, yang abah aku ni memang suka layan cucu sedara dia seorang tu pastu dia memang suka pergi tempat-tempat macam tu, sebab boleh amik gambarlah. Maka itu, kita orang plan lah hari Sabtu tersebut pergi Zoo Negara. 


Fikir pergi Zoo dapat tengok panda dari China tu tapi disebabkan tempat panda tu still renovation dan panda tu lak baru saja sampai ke Malaysia, so no panda lah lagi than day, haha. Hancur english aku, haha. Tapi tak apalah janji aku dapat pergi jalan-jalan dan melayan anak sedara aku seorang tu, hehe. 

Jom kita tengok gambar pulaaaaaa :))




Nampak tak budak kecik yang depan sekali tu, itulah dia budak ngada-ngada. Haha. Selalu buat drama je dia tu, manalah aku tak geram kalau duk layan dia. Selalu buat aku gelak je. 




Tengok muka budak kecik tu, seronok tau dapat topi panda baru. Seronoklah sebab atuk dia yang belikan. Ini kalau aku ada anak nanti, seronok lah anak-anak aku dapat apa yang dorang nak nanti sebab atuk dorang belanja, haha. Ceh aku ni, berangan saja lebih tau, calon pun tak ada lagi dah fikir anak, hehe. Gedik siak aku ni. Dahlah abaikan aku ni, hehe. 





Flamingo with me yawww. Habis dia katok aku punya kepala, haha. 




Orait itulah sedikit gambar yang aku boleh kongsi dekat korang. Tapi memang bestlah dapat pergi zoo ni sebab aku boleh tengok binantang we pastu boleh imbas kembali zaman kanak-kanak aku dengan adik beradik aku yang lain. Dulu kecik-kecik abah pernah bawa kita orang, hehe. Satu family aku ikut kecuali along akulah, dia busy sikit. So, tak dapatlah join pergi Zoo Negara, hehe. 




Ada ciri-ciri keibuan tak dekat situ, hehe. Melayan Ariena yang ngada-ngada, hehe. Orait itu saja yang aku dapat kongsi, jumpa lagi ke lain entry orait. :))


Instragram: taherahghazali
Twitter: @TaherahGhazali

1 comment:

  1. syok jalan2 kat zoo ni.. walaupun org cuma pi sini bila rombongan sekolah..huhu

    btw follow sini :)

    http://ilhamdatangdarihati.blogspot.com/

    ReplyDelete

Terima kasih atas comment anda , peace :D