Followers

Monday, 11 November 2013

The Great Day !!

Hai semua, apa khabar?

Okay, aku nak share dekat korang pasal semalam, hehe. Semalamkan kan kan kan.. aku hang out dengan kawan baik aku yang aku sayang gila gila gila gila..hehe. Iaitu Natasha Adnan, hehe. Kita orang pergi Mines semalam tapi tak ada lah berdua saja, bertiga. Tasha bawa sekali kawan dia, Apiz. 


Thanks Apiz sebab join sekali hang out kita orang, hehe. Pergi Mines kita orang tengok wayang, hehe. Kita orang tengok movie Ender's Game, sebenarnya si Tasha tu nak tengok movie Highland Tower tapi disebabkan aku ni tak minat nak tengok cerita hantu or cerita seram so dia pun dengan nak menyenangkan aku dia pun ikut sajalah movie apa yang aku nak tengok, hehe. Nasib baik movie Ender's Game ini best kalau tak mahu kena kaki dengan si Tasha tu, hehe. 


Movie Ender's Game best sangat bagi aku sebab kena dengan jiwa aku kan yang suka cerita action ni, hehe. So tak rugilah kalau sesiapa nak tengoknya, hehe. Okay, aku nak share korang benda yang memalukan, korang tahu tak, masa kita orang baru masuk wayang..dah duduk ni..aku tengahlah borak2 dengan Tasha and then aku nak masukkan tiket dalam beg aku, tiba-tiba popcorn aku jatuh. Habis terburailah popcorn aku, tinggalkan separuh saja popcorn aku. Serius aku malu gila dengan apa yang berlaku, dah lah ada kawan si Tasha tu. Ish2 terukkan peragai aku ni, hehe. Gelabah tak habis aku ini, hehe tapi peragai gila-gila aku ini tetap ada tau, haha.

Okay2, now aku sharekan korang gambar kita orang.

Inilah Tasha, BFF yang aku sayang gila-gila. Sentiasa ada buat aku bila aku nak luahkan sesuatu. Kawan aku yang comel gila ni, hehe *puji sikit, biar dia kembang, haha.




Tak bergambar tak sahlah kita orang, hehe. Sebenarnya tak lengkap kalau aku dengan Tasha berdua saja. Kalau berempat lagi lengkap untuk bergambar. Yes !! Aku rindukan Tifah dengan Erin, dorang tak dapat join sebab ada hal masing-masing. Tak apalah, insyaAllah adalah masa nanti untuk kita berempat, amin.


Okay dah lepas kita orang tengok wayang, kita orang pun jalan-jalanlah, makan, borak-borak, gosip-gosip dan segalanyalah. Bukan senang nak borak-borak dengan kawan yang susah nak jumpa ini tau, hehe. Sudah penat dengan semua itu, kita orang pun baliklah. Tapi sebelum hantar Tasha balik, aku ajaklah Bukhary lepak kejap, hehe. Dah lama juga aku tak lepak dengan Bukh ni, masuk air je aku dengan dia, haha. Bukharylah seorang BFF lelaki yang aku ada sekarang ni, rasanyalah kot. haha. Best kot lepak-lepak dengan kawan2 ini, itu yang buat kita rasa hilang stress tu, haha. 


Yang atas ini, time aku temankan Bukh makan dekat Ramal Food Juction, dah tak tahu nak makan apa, aku order lah Bunger Bakar Burn. Burger dia bolehlah tapi rasa muak lah sebab mayonis dia banyak sangat. Tapi kalau nak try, silalahkan :) Tahu tak, Bukh ni susah nak masuk kalau orang amik gambar, entah kenapa tiba-tiba je nak masuk, hehe. 


Okaylah, itu saja kot yang boleh aku share kan dekat korang pasal entry kali ini. Aku sayangkan kawan-kawan baik aku, hehe. Korang pun kena sayangkan aku tau. <3




Salam Sayang,
Terah



2 comments:

Terima kasih atas comment anda , peace :D