Followers

Saturday, 16 November 2013

Jalan-Jalan : Mid Valley with Family

Haiiiiiiiiiiiiiiiii !!!

Apa khabar anda semua? Ada baikkah ??? Hehe. Kalau aku, baik saja. Alhamdulillah sihat tapi aku rindu gila dekat budak-budak dorm aku dekat hostel. Semuanya tengah cutikan, so aku harap korang baik-baik saja okay :) Aku dekat sini rindukan korang kot. Rindu nak buli korang, hehe. Nampak tak aku ni jahat, suka buli orang tau. Aku memang jahat pon tapi aku inilah yang korang rindukan bila aku tak ada sebab tak ada siapa nak kacau korang, betul tak? Betullah tu, haha. 


Aku ini, opening saja dah sedih duk rindu-rindu dekat budak dorm, hehe. Okaylah kita ke main topic okay. Hari ini aku nak share dekat korang pasal semalam. Semalam aku dengan ibu, adik dan kakak aku yang dari Shah Alam pergi Mid Valley. Disebabkan terlalu bosan di rumah, ibu ajaklah pergi Mid semalam dengan menaiki KTM sebab kereta tak adakan, jadi trainlah mangsa kami, hehe. Dari rumah pergi ke KTM Bangi, along tolong hantarkan. Sebenarnya dah lama kot aku tak naik train, hehe. Teringat lak masa zaman sekolah tahun lepas, kalau tiada siapa nak amik aku balik dari sekolah, KTM lah aku punya transport. Banyak kenangan dan dugaan yang aku alami dulu sebagai seorang pelajar yang nak SPM, hehe. 
Aduh aku ini, suka lari topic tapi peduli pula aku, hehe. Back to main topic, pergi sana saja jalan-jalan sebenarnya. Temankan ibu nak berjalan, hehe. Ibu adalah shopping sikit, shopping kain sajalah ibu dekat kamdar. Aku? Haha, dengan duit tak ada dalam poket, memang taklah nak shopping. Tengah pokai ma. Sekarang ini aku pening nak cari duit dekat mana. Cuti buatkan aku tak dapat sumber duit untuk belanja tau, parah lah kalau gini, hehe.

Sementara dalam kereta sempat lagi camwhore tau, hehe. Semua muka mintak kaki ni tapi janganlah bagi, kesian kita. *Macam comel je..macam cantik je..macam mintak je, hehe


Yang ini masa tengah tunggu train, ada juga lah perubahan baru dekat KTM Bangi ini and i'm still miss masa sekolah dulu, hehe. 



Okay kalau jumpa cermin tak sahlah bagi aku kalau tak bergambar syok sendiri, hehe. Yela siapa saja nak amikkan gambar aku yang macam mana aku nak. Amik sendiri je lah okay, hehe



Okay2 yang paling best, aku dengan boyfriend baru aku The Red Hot, haha. Sesuka hati aku saja namakan dia macam itu. Korang percaya ke ini boyfriend aku, kalau korang percaya memang korang kena jumpa pakar mental lah, haha. Itu patunglah sayang dekat kedai PUMA dekat The Gardens. Rasa bahagia pula peluk patung tu, okay dah gila. Hahaha. 



Owh yeah gambar dekat atas ini, aku dengan kakak aku and adik aku yang gemuk, haha. Kami memang macam ini kalau dalam gambar tapi kalau luar gambar, bergaduh saja. Haha. Alaaaaa, adik beradik kalau tak gaduh tak sah lah, pastu baik balik semula, hehe. Bak kata perpatah, 'Air yang dicincang tak kan putus'. 


Aku rasa itu saja yang aku boleh kongsi dekat korang pasal semalam. I love you guysssssss !!


Taherah <3


2 comments:

Terima kasih atas comment anda , peace :D