Followers

Thursday 5 January 2012

First Day School :)

 

Hai, walaupun hari ini sudah masuk second day school but i'm still want share about yesterday. Wah, berspeaking pula aku ek, hehe. Semalam punya hal, biasa-biasa sahaja, paling best aku dapat gelak besar dalam kelas, hehe. Itulah aku, bila dah jumpa kawan-kawan asyik gelak sajalah and happy saja, hehe. Okay, dekat sekolah ada beberapa perubahan sepeti kelas aku sekarang 5 Ehsan bukan 5 Fikrah lagi but still same subject. :)



Mula-mula dapat tahu nama kelas aku 5Ehsan terus aku buat muka lepas itu aku pun kutuklah nama kelas aku, apa ke hodohnya nama kelas aku, hehe. Tapi nak buat macam mana, kena terima seadanyalah, lagi setahun saja lagi untuk sekolah. Aku tak suka nama kelas itu sebab kelas itu musuh kita orang tahun lepas, tapi nak buat macam lagi, terima sajalah. 


Lepas itu, yang paling aku suka blok kelas aku dekat blok C. Pergh best gilalah, apa lak tak best nya. Blok C itu dia punya kelas besar dan luas berbanding dengan blok lain, kelasnya space dia kecil saja. Aku duduk kelas itu asyik tergolek saja. Yela aku inikan hype activ sikit so asyik belari saja. Sekali belari kedebukk tergolek. Nakalkan aku ini, macam kanak-kanak ribena, hehe. Nak buat macam mana itulah aku. :)


Tapi apa-apa hal aku bersyukur sangat, Alhamdulillah. Terima kasih Allah, ini semua rezeki ku. Okaylah itu saja yang aku nak share hari ini pasal semalam. Bubye. Assalammualaikum :D

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas comment anda , peace :D