Followers

Tuesday 20 December 2011

Tahniah Buat Sepupu Ku !!!

  


Hai, apa khabar korang? Aku nak ucapakan tahniah buat sepupuku iaitu Abang Judin sebab sudah bertunang dengan tunang dialah, hehe. Namanya Zahidah. Okay bukan just nak ucap tahniah saja. Saya nak ceritalah serba sedikit tentang perjalanan pertunangan ini. Saya cerita dari pergi sampai balik okay. 
14 Disember 2011
Pada 14 Disember 2011, hari Rabu lepas, saya, ibu dan adik bertolak terlebih awal ke Bidor untuk menolong mak cik saya prepair apa yang patut untuk kenduri doa selamat. Kami bertolak kesana dengan manaiki ETS sampai ke Sungkai. Wah kali pertama naik ETS, aku suka sangat. Semoga ETS terus maju dah laju, hehe. Inikan ku sertakan gambar yang sempat aku amik hari itu.

Inilah rupa ETS yang aku naik. Tiket yang aku naiki, Silver RM 22 untuk dewasa dan kanak-kanak RM 15. ETS ini dari Kuala Lumpur ke Ipoh ke Kuala Lumpur. Untuk keterangan yang lebih lajut pergi ke pagenya >>>KLIK<<< Tak menyesallah kalau naik. Selesa dan tenang saja naik. Semoga ETS terus seperti ini. 
Okay, kami sampai ke Sungkai dalam pukul 1.51 petang macam itu. Tepat jugalah sampainya. Dari Sungkai ke Bidor Acik Bok saya ambik. Lepas ambik kita orang terus pergi makan dekat gerai berdekatan disitu. Lepas itu kami terus pergi ke rumah acik saya. 


15 Disember 2011

Pada hari itu pula aktivitinya buat Apam Dot Dot. Saya taklah turun padang membuatnya sebab saya lebih pada FB dan Twitterlah. Apa kene megena FB, Twitter dengan tunang ini, hehe. Tak ada kene megena pun. Saya just amik gambar saja apa yang dorang buat. Ibu, adik dan acik saja yang buat apam itu, hehe. Pemalasnya saya inikan. Tolong buat sekali pun tak nak. Saya memang pemalas pun, hehe. Gurau hehe. Okay korang mesti nak tengok macam mana rupa Apam Dot Dot itukan. Ini rupanya. 
 Wah comel  je apam diakan, hehe. Makan pun sedap juga rasanya, hehe. Akulah tukang melantaknya sampaikan acik aku pun marah sebab aku asyik makan saja. Nak bagi orang pun tak cukup nanti, tu kata acik aku bila aku asyik makan apam ini, hehe. Sorry acik sebab asyik makan apam ini, hehe. 
 16 Disember 2011
Okay malam itu, keluarga mak ngah saya sampai . So, bermula aktiviti menyiapkan hantaran untuk di hantar. 
 Tengah buat siapkan tepak sirih. 
 17 Disember 2011
Pada itu berlangsunglah majlis doa selamat dan pertunanganya. Pada pukul 10 pagi mulanya doa selamat dan kenduri. Pukul 2 petang kami bertolak ke rumah perempuannya untuk bertunang. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancarnya dan berjayalah majlis pertunangannya. Tahniah buat abang Judin atas pertunangannya. Semoga akan berjalan lancar ke majlis perkahwinannya nanti. Okay, peace. 
 Itu dia tunang sepupu aku, Zahidah namanya. Okaylah cukup ini saja yang aku share untuk entry kali ini, okay. Bubye. Assalammualaikum.
Taherah Ghazali

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas comment anda , peace :D