Followers

Tuesday 27 December 2011

Kerana Rambutan Demamlah Aku

 

Hai, apa khabar semuanya? Hari Sabtu lepas aku balik kampung, dekat kampung musim buah pulak. Depan-depan rumah saja sudah ada pokok rambutan, merah pula itu. Aku pun tak ingat diri yang tak boleh makan buah rambutan banyak-banyak so aku pun bedal sajalah buat rambutan.

Itulah padahnya makan rambutan banyak-banyak, demam jadinya. Tonsil aku pun sudah bengkak. Itulah aku kalau korang nak tahu. Aku ini kalau makan rambutan banyak-banyak demam jadinya. 

Makan tak ingat dunia macam itulah jadinya, hehe. Sekarang ini aku tengah demam, suara aku pun sedap pula kalau dengar. Sengau jadinya, hehe. Hari ini kira okaylah daripada semalam. Semalam kepala aku sakit sangat, nak diri pun tak boleh, hari ini sudah boleh tapi tekak aku sakit dengan hidup aku gatal.

So pengajaran buat aku, makan rambutan itu berpada-padalah okay, hehe. Bubye.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas comment anda , peace :D