Followers

Friday 23 December 2011

Jalan-Jalan : Taiping

 
 
Siapa nak baca entry ini kena klik link ini>>>klik<<<


Hai. Kali ini kite pergi ke Taiping pula, hehe. Hari itu, lepas selesai majlis pertunangan sepupu aku, aku sekeluarga dan sanak saudara aku sekali pergi ke Taiping. Kami tidur semalam dekat sana, hehe. Eh aku ini asyik gelak sajakan, biarlah. Aku memang suka gelak pun, hehe. 
 17 Disember 2011
Okay daripada aku melalut benda lain, baik aku share korang ke mana aku pergi dan aku buat apa dekat sana. Okay tak? Okay sajalah. Dekat sana kita orang duduk hotel bernama Sentosa Villa. Wowww, kalau korang pergi villa itu memang tenanglah aku kata. Korang akan rasa korang dekat dalam hutan saja.
If waktu malam, korang duduk dekat luar seorang-seorang amik angin malam,
memang akan rasa tenanglah dan korang rasa korang ini macam dekat dunia lain, hehe. Hanya dengar bunyi cengkerik dan bunyi sungai saja. Dekat tepi villa itu ada sungai, korang boleh mandi tapi atas tanggungjawab sendirilah.

Best sangat duduk situ, tak menyesallah. Thanks juga buat abah aku sebab pilih tempat itu. Lepas ini kita pergi lagi tau abah, hehe. 
itu dia Welcome to Sentosa Villa

Saudara aku yang lain tidak ikut serta tidur dekat villa itu, dorang duduk chalet berdekatan dekat villa aku. Ceh villa aku, perasan macam villa sendiri. Biarlah, manalah tahu satu hari nanti aku dapat villa macam itu. InsyaAllah. Kalau aku dapat, wah bestlah hidup aku. Buncit, kita nak villa macam itu tau. Buatkan untuk kita, ada dekat tepi sungai tau, hehe. Terus mintak dekat buncit tu. 

Malam itu kami semua kelaparan so kita orang pergi makan dekat kedai makan tepi jalan saja. Semua orang nak makan seafood dan hanya dekat situ saja ada ikan bakar dan lain-lain. Tak adalah sedap mana pun, cukup untuk isi perut saja. Lepas makan kita orang pun balik ke penginapan kita orang untuk beradu, hehe. ZzzzZZ

18 Disember 2011
Keesokan paginya, macam biasa pergi breakfast dekat cafe di villa itu. Aku pilih western food untuk breakfast aku. Lepas sudah breakfast, kita orang naik ke bilik untuk tukar baju untuk mandi sungailah, hehe. Itulah aktiviti kegemaran aku, mandi sungai. Dari dulu sampai sekarang, itu aktiviti kegemaran aku. 
Lepas check out dari villa kita orang pun tak adalah balik terus, kita orang ronda-ronda bandar Taipinglah. Kita orang pergi minum cendol Bismillah, makan mee udang dekat Kuala Sepetang, pergi kampung nelayan dan kita orang pergi kilang buat arang. 
Kalau pergi Taiping tak sahlah kalau tak pergi minum cendol. Pergh cendol dia memang bestlah. Banyak-banyak cendol kita orang pernah minum semuanya tak boleh setanding dengan cendol Bismillah ini. Lepas minum cendol, kita orang terus pergi Kuala Sepetang, pergi makan mee udang. Mee udangnya biasa-biasa saja bagi aku. 
perh terliur kot kalau tengok, ini pun tengah terliur ini, hehehe
ini pula kueh tiew udang, aku tak amik mee sebab aku tak suka sangat ~sebelum
~selepas
 
Lepas makan kita orang pun pergi ke pekan Kuala Sepetang dekat kampung nelayan. Cadangnya nak pergi beli ikan dekat kampung nelayan itu tapi tiada sebab orang nelayan pergi ke laut, hehe. Lepas pergi kampung itu, kita orang terus pergi kilang buat arang. Pergi kesana pun untuk tunjuk pada budak-budak sebab dorang tak pernah tengok. Tak rugi pun pergi sana sebab dekat situ kita dapat belajar macam mana bua arang. Bukan senang sebenarnya nak buat arang itu, susah. Kita hanya tahu menggunakannya saja.
ini dekat kampung nelayan
itu dia proses buat arang, dasyat
 
Lepas selesai sudah dekat kilang itu semua orang sudah penat dan semua pulang ke rumah masing-masing



Okay itu saja yang aku nak share kali ini. Bye



MORE PICTURES : LIKE SI MATA SEPET FAN PAGE 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas comment anda , peace :D